Thursday, 8 September 2016

Amsterdam (07072016-09072016)



Munich (07072016-09072016)

Sudah lama aku tidak update blog ini.  Yer telah hampir 3 tahun. Lama kan.....  Aku terpaksa menyepi dan lari dari dunia blogger buat sementara waktu kerana aku sibuk menghadapi peperiksaan.  Baru kini aku mempunyai masa...hahaha....(konon lah)

Family aku suka melancong secara "back packers".  Kami telah pergi ke Hatnyai & Songkla, Bandung Indonesia dan juga Sarawak secara "back packers"  semua urusan tempahan tiket, iternary, transport dan hotel ibu aku yang buat.  Pendek kata ibu aku terror bab-bab ini.  Tapi "bankers" dan tentu ayah aku hahahaha.....

Aku ingin berkongsi pengalaman melancong ke negara Eropah secara "back packers" bersama famili.  Kebetulan abang aku grad dari University Of South Wales UK dan Majlis graduasinya pada 11 Julai 2016.  Tahun sebelumnya kakak aku Qistina grad dari Newcastle University UK tetapi kami sekeluarga tidak dapat hadir kerana hari graduasinya jatuh pada tanggal malam Hari Raya Aidil Fitri dan aku serta abang aku yang kedua akan menghadiri peperiksaan UPSR dan PMR.

Ibu aku menempah tiket penerbangan dua bulan sebelum tarikh penerbangan.  KUL - AMS, LHR - KUL. Kami beli tiket multicities. Waktu itu hanya Etihad Airline sahaja yang paling murah itu pun RM3,250 seorang manakala kakak aku RM3,750 kerana kakak aku akan berada di UK dan Eropah selama seminggu sahaja sebab tiada cuti.  Oh ya...kakak aku bekerja dengan company Jepun so untuk tahun pertama kerja tiada cuti rehat diberikan...kejam kan...tapi tak per lah sebab untuk cari pengalaman kira ok ler.  Jumlah keseluruhan tiket dalam 15k+. Kami akan berada di negara UK dan Eropah selam 14 hari.  Semua tiket penerbangan, bas, train dan penginapan di Eropah / UK abang aku telah booked terlebih dahulu sebelum ke sana.

Kami sekeluarga bertolak dari KLIA pada hari raya pertama aidil fitri...sedihkan sebab lepas sembahyang raya terus bergerak ke KLIA.